Hari itu ada tiga jenis bengkel yang telah dibuat,pertama pencahayaan dengan menggunakan "single flash". Bengkel kedua pula menekankan penggunaan dua "speed light" bagi mendapatkan kesan cahaya yang berbeza daripada bengkel yang pertama tadi. Peserta disyaratkan supaya mendapatkan kesan cahaya lebih cerah di bahagian belakang model ("rim light"). Untuk mendapatkan kesan cahaya begini, kuasa cahaya daripada kedua "speed light" hendaklah berbeza iaitu kuasa cahaya dibahagian denpan hendaklah lebih sedikit daripada "speed light" bahagian belakang model, barulah kesan"rim light" dapa diperolehi.
Seterusnya,bengkel yang ketiga ialah penggunan "reflector" yang betul untuk mendapatkan kesan cahaya yang "ngam-ngam" terhadap model seterusnya dapat menghasilkan foto yang bagus.
Dibawah ini merupakan ansur maju yang saya jalani dalam bengkel ini.
Fist shoot, rasanay macam biasa aje, tak ada yang istimewa...tak puas hati dibuatnya..lepas tu shoot dan shoot lagi..non stop, nak dapatkan yang terbaik.
Inilah hasil dari bengkel pertama, pencahayaan dengan satu flash..lepas nie kena beli triger lah pulak...baru dapat buat keasn pencahayaan yang bagus. Saudara Ambrose banyak memberi nasihat yang berguna...nanti kita akan buat outing lagi lepas nie gang.