Saturday, November 1, 2008

Assalammualaikum Blogger Semua.

Wa dari kecil sudah berjinak-jinak dengan fotografi. Seronok bukan main dapat berkepit dengan kamera. Macam-macam boleh shoot. Kamera pertama aku ketika berumur 12 tahun ialah Vivitar. Manalah aku tau tentang jenama kamera yang bagus waktu itu, 23 tahun yang lalu.
Lepas itu waktu di maktab perguruan kamek pakei ialah Ricoh. Maseh pakei filem. Lepas itu bila masuk U, kamek beli pulak digital camera jenis Kodak untuk ambil gambar spesimen tapi pensyarah kata gambar yang di ambil tak sharp. Terpaksa gambar semula guna kamera Fakulti Nikon SLR, tapi tak tau jenis apa. Urat-urat spesimen yang halus pun boleh nampak. Harganya,wow hampir RM6000 you.
Dan kini, jeng-jejeng!Terlebih dahulu terima kasih kepada MIRZA GEMILANG kerana perkongsian keuntungan perniagaan, dapatlah kamek beli kamera Nikon terbaru, D90. Dan bermulalah lagi kegilaanku dalam fotografi.
Bravo.......